Politeknik ini memiliki sebuah gelanggang bola tampar yang terletak bersebelahan dengan Taman Eko-Pelajaran. Selain daripada digunakan untuk aktiviti permainan bola tampar, ianya juga boleh digunakan sebagai kawasan untuk aktiviti dalam kumpulan. Gelanggang ini dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk auditorium dan elektrik sesuai untuk sebarang aktiviti dijalankan di sepanjang tempoh perkhemahan berjalan.