Latarbelakang
Taman Eko-Pelajaran Politeknik Sultan Azlan Shah telah dirasmikan penubuhannnya oleh Ydh Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan (OBJ) Muallim pada 17 Oktober 2023. Idea penubuhan taman yang berkonsepkan pembelajaran ini telah dicetuskan oleh sekumpulan pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan seterusnya mendapat perhatian sokongan padu daripada Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Ts. Haji Mohd. Zulkefli bin Ibrahim serta Ahli Mesyuarat Pengurusan.

Taman Eko-Pelajaran ini didedikasikan untuk mendidik pengunjung mengenai penjagaan kehidupan dan persekitaran secara berkekalan. Taman ini menawarkan pengalaman dan peluang pembelajaran interaktif yang berupaya memberikan dorongan kepada individu untuk menjadi pendukung yang proaktif bagi bumi kita. Taman ini juga direkacipta untuk menjadi bilik darjah hidup, di mana alam semulajadi dan pendidikan berjalan seiringan.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING