Bengkel Penentuan Kadar Penyerapan Karbon (Carbon Sequestration) Di Taman Eko-Pelajaran PSAS

4 Julai 2023 - Satu program telah dilaksanakan untuk menentukan kadar penyerapan karbon dioksia oleh pokok-pokok yang tumbuh di Taman Eko-Pelajaran PSAS. Program ini yang disertai oleh pensyarah-pensyarah dari pelbagai jabatan di Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan aktiviti pertama yang dilakukan oleh Jawatankuasa Taman Eko-Pelajaran. Encik Muhammad Kamal Ariffin bin Hj. Badrun merupakan penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkongsi ilmu mengenai pengukuran ketinggian pokok dengan menggunakan teorem pitagoras.

Di sepanjang bengkel itu berlangsung, sebanyak 4 spesies pokok telah diukur ketinggian untuk menentukan kadar serapan karbon dioksida. Empat spesies tersebut adalah Keruing Neram (Dipterocarpus oblongifolius), Sesenduk (Endospermum diadenum), Akasia (Acacia spp.) dan Terap Hitam (Artocarpus scortechinii).

Berikut adalah dapatan daripada bengkel tersebut:

BilSpesies Penyerapan Karbon (kg)
1Dipterocarpus oblongifolius14.553 
2Endospermum diadenum278
3Acacia spp.416.914
4Artocarpus scortechinii1600.12
Jumlah Besar2309.587@2.31 tan
I BUILT MY SITE FOR FREE USING