Lawatan Kerja Ke Pejabat Perhutanan Daerah Perak Selatan

15 Jun 2023 - Delegasi dari Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianggotai oleh En. Zaril Faizal bin Zaral Gaffar, En. Anuar bin Abd. Wahab dan En. Sazali bin Ibrahim telah pergi ke Pejabat Perhutanan Daerah Perak Selatan di Tapah untuk tujuan mengadakan perbincangan dengan Pn. Miss Maizura binti Amat Kaulan, Penolong Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan mengenai pembangunan arboretum di Taman Eko-Pelajaran. Setibanya rombongan dari PSAS ini di premis tersebut, kami telah disambut oleh Pn. Miss Maizura sendiri dan perbincangan terus berlangsung.

Hasil daripada perbincangan tersebut pihak Jabatan Perhutanan Daerah Perak Selatan bersetuju untuk memberikan benih anak-anak pokok hutan seperti yang dipohon melalui surat secara percuma. Pihak Jabatan Hutan juga bersetuju untuk menghantar benih anak-anak pokok ke Politeknik Sultan Azlan Shah dengan kenderaan mereka sendiri.

Pn. Miss Maizura (Penolong Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan) telah memaklumkan sebarang kerjasama di antara PSAS dan pihak Jabatan Hutan adalah sangat dialu-alukan dan mereka berhasrat untuk membuat pemerhatian semula terhadap anak-anak pokok yang telah ditanam di Taman Rimba PSAS empat tahun lalu. Mereka juga telah bersetuju untuk mengadakan lawatan tapak ke Taman Eko-Pelajaran PSAS bagi melihat kesesuaian tanah dan spesies pokok hutan yang sesuai untuk di tanam jika ada permintaan daripada pihak PSAS.

Penolong Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan juga memaklumkan pihak Jabatan Hutan bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran dan taklimat mengenai kepentingan pemeliharaan hutan jika dipelawa oleh pihak PSAS. Delegasi PSAS telah dibawa ke nurseri benih pokok hutan di Tapak Semaian Kg. Chang, Bidor, Perak untuk diperkenalkan dengan senarai spesies pokok yang disemai termasuk yang diancam kepupusan. Lawatan berakhir pada jam 3.00 petang.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING