20 Julai 2023 - Delegasi dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan yang diketuai oleh Puan Miss Maizura binti Amat Kaulan (Penolong Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan) telah mengadakan lawatan balas dan hadir bersama dengan empat orang pegawai. Perbincangan tertumpu kepada bagaiman kerjasama di antara kedua-dua belah pihak boleh dimeterai dengan situai menang-menang. Pihak Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan telah bersetuju untuk membekalkan anak pokok untuk tujuan pembangunan tersebut dan tiada halangan jika anak pokok tidak dikategorikan sebagai diancam kepupusan
Pihak Jabatan Hutan telah memaklumkan jika pihak PSAS berhasrat untuk mendapatkan anak pokok spesies yang diancam kepupusan mesti mendapat kelulusan daripada Pengarah Perhutanan Negeri Perak.
Sebarang kerjasama di antara PSAS dan pihak Jabatan Hutan adalah amat dialu-alukan dan mereka berhasrat untuk menjadikan usahasama ini sesuatu yang mendukung aspirasi mereka iaitu menanam 100 juta batang pokok bagi tujuan menghijaukan rupabumi di Malaysia.
Timbalan Pengarah Akademik, Pn. Salhana telah mencadangkan supaya projek usahasama di antara PSAS dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak ini boleh dimeterai sebagai COC bagi memantapkan segala aktiviti yang akan dijalankan
PBagi merealisasikan impian pengurusan PSAS untuk melihat Taman Eko-Pelajaran ini menjadi kenyataan pihak Jabatan Perhutanan telah mencadangkan PSAS untuk menyediakan satu kertas kerja penubuhan cadangan Pusat Eko-Pelajaran PSAS untuk dibawa dan dibentangkan di Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang bertempat di Ipoh, Perak untuk mendapatkan perhatian daripada Pengarah Perhutanan Negeri Perak
Pihak Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan juga bersetuju untuk mengadakan lawatan tapak ke Taman Rimba PSAS bagi membuat pengecaman spesies pokok yang ada dan cadangan tarikh adalah pada pertengahan bulan Ogos. Penolong Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan juga memaklumkan pihak Jabatan Hutan bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran dan taklimat mengenai kepentingan pemeliharaan hutan jika dipelawa ole PSAS
Delegasi Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan telah dibawa ke Taman Rimba PSAS bagi memperkenalkan senarai spesies pokok yang ditanam dan tumbuh semulajadi. Sesi perbincangan telah berakhir pada jam 2.00 petang.