CSR Hijaukan Bumi Hijaukan Minda

PROGRAM CSR Hijaukan Bumi Hijaukan Minda 22 Julai 2025 - Salah satu aktiviti CSR yang akan dilaksanakan adalah program penanaman pokok yang bertempat di Taman Eko-Pelajaran PSAS. Program ini adalah anjuran JMSK PSAS dengan kerjasama Sekolah Kebangsan Sungai Behrang, dan SMARTGREEN PSAS. Turut membantu 15 orang pelajar Ijazah Automotif sebagai fasilitator.Dalam program ini, ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSAS Encik Muhamad Adha Bin Shamdin@ Shamsuddin. Kemudian para pelajar akan diberi taklimat berkaitan tanggungjawab menjaga alam sekitar melalui SDG dan proses penanaman pokok.

Taklimat disampaikan oleh Ybhg Prof Dato’Er Ts Dr Santharasekaran Subramaniam; Presiden Pertubuhan konservasi Alam Malaysia (PERKAM) dan Encik Mohd Merzuki Bin Mat Salleh; Penolong Pemelihara Hutan Daerah Perak Selatan. Aktiviti penanaman pokok dijalankan secara berkumpulan, dengan penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6). Setiap kumpulan pelajar akan dipantau sepenuhnya oleh seorang pelajar dari PSAS, dan mereka akan diberikan tunjuk ajar mengenai kaedah penanaman pokok hutan yang betul.Penyertaan: VIP diundang bersama: i) Dr. Sundarajah (Wakil PERKAM)ii) Cikgu Saiful Azhar Bin Shaari (Guru Besar Sk Sg. Behrang)iii) Cikgu Fadzian Helmy Bin Zulkepli (GPK HEM Sk Sg. Behrang)Jumlah Pelajar : 38 pelajar SK Sg. Behrang & 15 pelajar Ijazah PSAS.Jumlah Guru : 5 orang SK Sg BehrangJumlah Pensyarah terlibat: 40 orang (JMSK & Smartgreen PSAS).Semoga program ini akan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) seperti berikut: SDG 15: Kehidupan di Darat serta memberi nilai tambah dan kesedaran kepada pelajar-pelajar terlibat dalam memelihara alam sekitar.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING