18 April 2024 - Satu kursus selama sehari yang memfokuskan kesedaran mengenai alam sekitar telah dilaksanakan di Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang, Perak. Kursus yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk Jawatankuasa Taman Eko-Pelajaran PSAS mendapatkan gambaran sebenar bagaimana konsep taman eko-pelajaran itu dibangunkan.
Peserta kursus telah diberikan taklimat oleh Encik Zul selaku pemandu pelancong mengenai keunikan ekosistem hutan paya laut atau paya bakau. Keunikan hutan ini tidak terletak hanya kepada kepelbagaian floranya sahaja bahkan ianya juga menjadi habitat kepada fauna yang hanya boleh didapati di kawasan paya laut contohnya siput bakau. Siput bakau ini adalah petunjuk biologi mengenai sesuatu kawasan yang tidak tercemar.