21 Mei 2024 - PSAS telah menerima satu kunjungan daripada Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia melalui Ranger Konservasi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Er. Ts.Santharasekaran Subramaniam memfokuskan Politeknik Sultan Azlan Shah - PSAS berpotensi sebagai pusat peneraju pendidikan teknologi hijau dan mesra alam di Malaysia.
Kewujudan sumber mata air semulajadi dari tanah di PSAS dari kawasan rezab hutan sekunder yang berkeluasan 3 ekar berpotensi sebagai pusat kajian dan penyelidikan serta pusat pembelajaran eko di sini.Pengarah berkaitan Ts Mohd Zulkefli Ibrahim, menyifatkan kewujudan sumber alam semula jadi di PSAS adalah satu anugerah daripada Allah. "Sebagai ketua di sini, saya perlu menggunakan sumber-sumber tersebut untuk kepentingan para pelajar termasuk komuniti di kawasan Behrang ini", kata beliau.
Beliau sedang berurusan dengan pihak UKM untuk menjana sumber tersebut sebagai alternatif kaedah pembelajaran bagi warga PSAS dan komuniti sekitar pada masa hadapan.Pelbagai usaha pengurusan persekitaran dijalankan di PSAS agar pusat ini menjadi salah satu hub pendidikan alam sekitar dalam menenuhi hasrat kerajaan dalam menghasilkan para graduan politeknik yang berwibawa dan bertanggungjawab terhad alam.
Turut hadir dalam aktiviti tinjauan pada hari ini, presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia Prof Dr Santharasekaran Subramaniam bersama Dr Sundararajan Nagamuthu selaku wakil PERKAM negeri Perak. Beberapa tinjauan kawasan dibuat iaitu projek taman herba, tanaman pokok-pokok hutan, tapak kem rekreasi yang bakal dibangunkan dan fasiliti di kawasan sumber mata air semulajadi.
Santharasekaran Subramaniam turut melihat kawasan tadahan air semulajadi ini yang boleh diubah suai sebagai mini projek pembelajaran kawasan tadahan air bagi menjana elektrik, kincir angin, sistem solar dan tenaga biomas bagi ilmu pembelajaran teknologi hijau di sini.Selain itu kawasan hutan sekunder sebanyak 3 ekar termasuk pokok-pokok getah boleh dijadikan pusat pendidikan ekologi bagi mengetengahkan konsep habitat & ekosistem yang berbeza kepada para pelajar.PERKAM dan beberapa agensi yang lain juga akan berganding bahu bersama PSAS bagi menjayakan bersama..