29 April 2024 - Satu sesi lawatan kerja delegasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Dr. Shamsul Khamis telah dilaksanakan bagi tujuan melihat dengan lebih dekat Taman Eko-Pelajaran PSAS.
Dr. Shamsul dan empat pegawai penyelidik telah dibawa menyusuri Taman Eko-Pelajaran bagi mendapatkan gambaran sebenar bentuk rupabumi dan bagaimana ianya hendak dibangunkan.
Hasil lawatan kerja pada 29 April 2024 itu juga membenihkan idea bagi penyediaan kertas kerja penubuhan di kawasan berkenaan. Di antara komponen perlu ditonjolkan dan memerlukan kajian lanjut adalah seperti di bawah:
Menurut Dr. Shamsul lagi, empat komponen yang dinyatakan di atas perlu diperinci berdasarkan kajian lanjut yang akan dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan.
Hasil daripada lawatan tapak dan sesi perbincangan selepas itu telah mendapat komen yang cukup positif dan pelan untuk merealisasikan penubuhan Taman Eko-Pelajaran mempunyai impak yang cukuo tinggi.