Lawatan Penandaarasan Ke KL East Park

24 Januari 2024 - Jawatankuasa Taman Eko-Pelajaran PSAS memulakan tahun 2024 dengan mengadakan satu lawatan penandaarasan ke KL East Park. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat model sebuah taman hutan rekreasi yang boleh diterapkan dalam proses pembangunan Taman Eko-Pelajaran agar ianya mampu menjadi destinasi pilihan pengunjung.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ts. Haji Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd. Adha bin Shamdin dan Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Pn. Hjh. Nor Mazana binti Ismail.

Di dalam ucapan pembukaan, Tuan Pengarah PSAS amat berharap agar sesi lawatan ini mampu untuk memberikan impak positif kepada pembangunan Taman EKo-Pelajaran dan beliau turut menyatakan penghargaan beliau kepada pihak KL East Park atas kesudian menerima kunjungan ini.



I BUILT MY SITE FOR FREE USING