Majlis Perasmian Gerak Kerja dan Jawatankuasa Taman Eko-Pelajaran PSAS

17 Oktober 2023 - Pada tarikh ini terciptalah satu sejarah lagi buat Politeknik Sultan Azlan Shah di mana satu majlis perasmian gerak kerja dan pelantikan Jawatankuasa Taman Eko-Pelajaran telah berlangsung. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ydh. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Mualim yang berbesar hati untuk hadir. 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Khairul Na’im bin Ya’kub (Pegawai Hutan Daerah Perak Selatan), Datin Fauziana binti Ahmad (Setiausaha Kepada Ketua Hakim Syarie Perak), Ts. Habsah binti Md. Ishak (Pengerusi Puspanita Politeknik Sultan Azlan Shah), Encik Saipol Bahrin bin Sulaiman (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muallim, Sektor Pengurusan Sekolah), Ts. Salhana binti Sahidin @ Salehudin (Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Azlan Shah), Encik Muhammad Adha bin Shamdin @ Shamsuddin (Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Politeknik Sultan Azlan Shah) dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PSAS.

Semasa berucap di majlis perasmian tersebut, Ydh. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal telah memberikan cabaran kepada PSAS untuk menjadi tuan rumah kepada sambutan Jubli Perak ke Bawah Duli Sultan Perak Darul Ridzuan. Encik Khairul Na'im juga telah mempromosikan kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh Malaysia bagi menghijaukan alam semulajadi negara ini.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muallim, Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Saipol Bahrin bin Sulaiman pula telah berbincang dengan Pengurus Taman Eko-Pelajaran, Encik Zaril Faizal bin Zaral Gaffar mengenai potensi untuk pelajar

I BUILT MY SITE FOR FREE USING